Monday 27 February 2012

REMPEYEK KACANG DAL


Bahan-bahan

100 gram tepung beras
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
sedikit serbuk perasa
1 sudu makan santan
1 1/2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 biji telur
175ml air
Ikan bilis dan Rosted Kacang Dal secukupnya
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara- cara
1.  Tumbuk /kisar kasar ketumbar, jintan manis dan jintan putih
2.  Gaul sebati dengan semua bahan kecuali ikan bilis dan kacang dal
3.  Masukkan acuan rempeyek kedalam minyak menggoreng dan biarkan ia betul-betul panas kira-kira
     3 - 5 minit.
4.  Apabila acuan telah panas, angkat acuan dan masukkan adunan tepung tadi, letakkan kacang dal dan ikan
     bilis.
5.  Masukkan semula ke dalam minyak dan gorenglah hingga masak.

0 comments:

Post a Comment