Thursday 2 February 2012

SAMBAL TEMPE


Bahan-bahan


2 keping tempe (potong kecil-kecil dan goreng)
2 biji ubi kentang (potong memanjang dan goreng)
100gm ikan bilis (goreng)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
250gm cili giling
minyak untuk menumis
garam dan gula secukupnya


Cara-cara
1. Bawang merah, bawang putih dan halia dimayang
2.Tumis sehingga kekuningan
3. Masukkan cili giling  dan masak hingga naik minyak
4. Jika agak pekat boleh juga tambah sedikit air
5. Masukkan gula dan garam mengikut rasa
6. Biarkan seketika dan tutup api.
7.Masukkan semua bahan yang digoreng tadi dan gaul hingga rata
8. Sedia untuk dihidang

0 comments:

Post a Comment