Friday 23 March 2012

MASAK LEMAK JANTUNG PISANG

Sesekali buat sayur kampung....rasanya lebih membangkitkan selera....apalagi kalau kena dengan lauknya...




Bahan - bahan


1 biji jantung pisang sederhana besar (rebus dan potong kecil-kecil )
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm halia
1/4 cawan ikan bilis 
8 biji cili api
1/2 cawan santan ( NA guna santan kotak je )
4 cawan air
3 sudu kfc garam  
1 sudu kfc serbuk perasa
8 sudu kfc kunyit serbuk


Cara-cara


1. Bawang merah, bawang putih, halia , cili padi dan ikan bilis dikisar 
2. Masak bahan yang dikisar dengan air hingga mendidih
3. Masukkan garam, serbuk perasa dan jantung pisang
4. Bila mendidih masukkan santan dan serbuk kunyit
5. Kacau jangan berhenti sehingga sebati 
6. Bila mendidih bolehlah diangkat.

0 comments:

Post a Comment