Thursday 23 August 2012

AGAR-AGAR KEMBANG SEMANGKUK





Bahan-bahan
10gm serbuk agar-agar
200ml susu cair
200gm gula (1 cawan)
1500ml air (kurangkan jika ingin agar2 lebih keras)
7 biji buah kembang semangkuk (rendam hingga kembang, buang biji dan kulitnya, ramas sedikit dan toskan)
2 helai daun pandan


Cara-Cara
1. Masak agar-agar, gula, daun pandan dan air sehingga gula hancur dan kelihatan jernih.
2. Masukkan susu cair. Kacaukan sebentar dan tutup api
3. Tapiskan agar-agar bercampur susu tadi kedalam loyang
4. Taburkan kembang semangkuk dan biarkan agar2  membeku





1 comment:

  1. Sedapnya..nak cuba puding ni nnti.InshaAllah.
    Terima kasih atas perkongsian resepi.Semoga amal saudari sentiasa diberkati dan bermanfaat untuk semua. :-) :-D

    ReplyDelete